Selasa, 15 September 2009

Jahilnya Guru Kita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Mungkin keras sekali tajuk ini...tapi inilah realitinya...
Satu hari saya memperkenalkan sebuah buku tentang Islam kepada seorang Guru kita di salah sebuah sekolah di utara tanah air...judul buku tersebut ialah "Indahnya Hidup Bersyariat" di mana terpampang di depan buku tersebut gambar Dato' Ismail Kamus...sebelum sempat saya menceritakan isi kandungan buku tersebut...Guru kita ini berkata "ni buku politik ke? kalau buku politik saya tak mau, rosakkan pemikiran" itu katanya...saya pun membalas...jangan cakap macam tu...politik pun sebahagian dari Islam...politik tak boleh pisah dari Islam...kalau pisah dah jadi sekular...bukankah ALLAH turunkan Islam itu untuk kesejahteraan umat manusia...maka politik itu juga untuk kesejahteraan manusia...tak boleh la kata politik itu merosak pemikiran.
Inilah yang jadi kalau Guru kita Jahil pasal Islam...macam mana nak didik anak bangsa kita bila pemikiran macam tu...berjaya juga penjajah dulu menanamkan pemikiran bahawa politik tidak boleh dicampur dengan Islam...

Selasa, 5 Mei 2009

BILA ISLAM DIPINGGIR OLEH ORANG ISLAM

Dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam…apa pengertian sebuah Negara Islam?...apa ciri-cirinya?...adakah cirri-ciri Malaysia menepati ciri-ciri sebuah Negara Islam?…banyak pendapat tentang cirri-ciri dan pengertian Negara Islam…begitu juga tentang konsep Negara Islam.

Perkara yang mendasar dalan sebuah Negara Islam bukan sahaja perundangannya ataupun pemimpinnya bahkan masyarakatnya yang mendukung dan menjunjung Islam itu sendiri bahkan sehingga masyarakat bukan Islam pun perlu menerima Islam itu…dalam erti kata lain tidak menentang segala yang disyariatkan…bukanlah perlu beribadat seperti orang Islam dan menggunakan segala perundangan Islam…maka di sana dapatlah kita bezakan apa yang dikatakan “Kafir Zimmi” dan “Kafir Harbi”.

Di sini tidaklah saya mahu membicarakan tentang Negara Islam itu…tapi saya mahu menukilkan sedikit perihal masyarakat Muslim dalam sebuah Negara yang dikatakan Negara Islam Malaysia.

Saya mahu menyentuh perihal menutup aurat…semua tahu bahawa menutup aurat adalah sesuatu perkara dasar dalam Islam…cuba kita lihat di Malaysia sekarang…siapa Menterinya…siapa pihak berkuasanya…adakah orang bukan Islam…sudah tentu orang Islam…kuasa yang ada tidak digunakan dengan setepatnya…bolehkah kita wajibkan semua pelajar Muslim wajib menutup aurat di sekolah…memakai tudung yang seragam…sangat mudah sebenarnya untuk membuat undang-undang tersebut…kita lihat di TV kita…lebih ramai yang tidak menutup aurat berbanding yang menutup aurat…beza TV kita dengan TV Negara-negara bukan Islam mungkin cuma bahasanya sahaja.

Sehubungan dengan itu…sedikit terkilan dengan sebuah stesyen TV swasta kita yang menganjur pertandingan Pesona Nona…lihat pesertanya…tidak seorang pun yang menunjukan mereka seorang Muslim…Cuma nama Melayu dan ada Binti nya…lihatlah pakaian mereka…adakah mereka tak faham…adakah Ustaz di TV3 tak tegur…yang sebenarya segala yang dibuat tidak ditanya kepada Ustaz…main buat je.

Kata orang kulit tidak penting…yang penting kan isinya…tapi bagi saya Kulit penting Isi juga penting…Kulit menggambarkan Isi…Kulit tanpa Isi tidak ada maknanya…Isi tanpa Kulit meragukan…dulu kita dikejutkan dengan seorang penyanyi Muslim membuat persembahan dengan membuka baju...malu dengan yang bukan Islam...bukan Islam pon tak buka baju...bak kata Hassan Al-Banna..."Keindahan Islam itu terhalang oleh orang Islam itu sendiri"...sikap kita orang Islam yang membuatkan orang bukan Islam tak suka pada Islam...sebab itu la orang bukan Islam tak hormat kita yang Islam ini...sehingga sekarang yang bukan Islam sudah berani mempertikaikan perkara-perkara dalam Islam.


Fikir-fikir lah sahabat sekalian...jika kita tidak tahu sesuatu tentang Agama...tanyalah kepada yang lebih mengetahui...soal agama bukanlah soal logik akal...ia banyak menyangkut soal wahyu...ALLAH maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui...kadang-kadang kita suka sesuatu perkara tapi ia tidak baik untuk kita...kadang-kadang kita tidak suka sesuatu perkara padahal ia sangat baik untuk kita...dan ALLAH maha mengetahui...

Ahad, 3 Mei 2009

YANG HARAM TETAP HARAM

“Yang Haram Tetap Haram” mana boleh jadi halal bila dah tukar nama…bila Mufti Perak mengatakan bahawa Konsert Sure Heboh itu haram…maka ramailah yang mempersoalkan tentang pengharaman tersebut…termasuklah beberapa pemimpin Negara…disuruh supaya fatwa itu dikaji semula. Bagi saya memang haram konsert tersebut…banyak sebabnya…yang diharamkan mungkin konsertnya…yang lain mungkin tak diharamkan.

Oleh kerana pengharaman tersebut…maka Konsert Sure Heboh tidak masuk ke Negeri Perak beberapa tahun selepas itu…oleh kerana Mufti Perak mengharamkan Konsert Sure Heboh maka pihak TV3 menukar namanya seperti semua ketahui iaitu “Konsert Jom Heboh”…benda yang sama cuma nama yang dah tukar.

Setelah ditukar namanya…pernah sekali Jom Heboh masuk ke Negeri Perak…diadakan di perkarangan Stadium Indra Mulia…kalau tak salah Konsert pada malamnya jugak ada…pada esoknya saya cari jugak dalam berita kot-kot ada Mufti Perak cakap pasal diadakan jugak di Perak, mungkin dah dihalalkan… tapi saya kecewa…tak bersuara pulak Mufti Perak yang terkenal dengan ketegasannya tentang soal Agama.

Selepas PRU12…dikhabarkan bahawa pihak TV3 tidak akan mengadakan Konsert Jom Heboh di negeri-negeri Pakatan Rakyat…setelah setahun, berlakunya rampasan kuasa di Negeri Perak…walaupun pihak BN tak mau terima tentang istilah rampasan kuasa…itu deme punya pasal…sekali lagi Jom Heboh masuk ke Negeri Perak…diadakan di Lumut…dok tunggu jugak kot Mufti Perak cakap apa…tak berbunyi lagi Sohibus Samahah ni…barulah saya terfikir…mungkin yang diharamkan dulu Konsert Sure Heboh…sekarang bukan Sure Heboh…sekarang Jom Heboh…kan ke lain tu…takkan la sebodoh-bodoh aku ni boleh samakan Sure Heboh dengan Jom Heboh…maaf terguna bahasa kesat.

Sama la dalam Al-Quran…yang diharamkan ialah Riba…tapi orang sekarang dah tak panggil Riba…orang panggil faedah/bunga dan bahasa kerennya interest…benda yang sama, nama ja orang tukar. Nasib baik la orang tak halalkan babi…sebab dalam Al-Quran yang diharamkan adalah Khinzir…samalah dengan Rasuah…Rasuah itu haram dan salah di sisi undang-undang tapi politik wang bukan rasuah ke??.

Sohibus Samahah Al-Fadhil Ustaz Harussani Zakaria, nyatakan pendirian Al-Fadhil Ustaz tentang Konsert Jom Heboh ni…kita bukan saja nak menyuruh kepada kebaikan…tapi kita juga nak mencegah kemungkaran…saya berperanan di bidang saya…saya dok cerita kat anak-anak didik saya tentang yang halal dan yang haram…tapi bila di lapangan lain yang jadi…yang halal dah menjadi haram dan yang haram malah menjadi halal.

Saya masih menunggu suara dari Mufti Perak…saya tak suruh Mufti jadi pembangkang…saya nak Mufti menyatakan kebenaran…takkan lah tak ada suara dari Mufti…ramai yang dah cakap dalam mulut Mufti banyak coklat…dah tak boleh cakap…tapi saya masih menunggu suara dari Mufti…

Selasa, 28 April 2009

ISLAM UNTUK SEMUA

Diutuskan Nabi Muhammad itu adalah rahmat untuk sekalian alam...ahli tafsir menjelasan bahawa sekalian alam itu bukanlah di kalangan manusia sahaja...bahkan seluruh makhluk Allah di alam ini, termasuk jin, binatang dan sebagainya.

Islam sebenarnya bukanlah milik orang Arab...bukan milik orang Cina dan sudah tentu bukan pula milik orang Melayu...Islam itu diturunkan kebetulan sahaja di tengah-tengah masyarakat Arab...bukanlah untuk orang Arab sahaja...kerana tidak ada ayat di dalam Al-Quran itu khusus untuk orang Arab...Selalunya di sebut..."Wahai Manusia" atau "Wahai orang-orang yang beriman" tidak pula terdapat ayat dalam Al-Quran itu menyebut "Wahai orang-orang Arab" atau "Wahai orang-orang Cina" jauh sekali "Wahai orang-orang Melayu".

Dicatat dalam sejarah...Islam itu turun di tengah-tengah masyarakat Arab yang kotor...sering dikatakan bahawa masyarakat Arab sebelum Islam ialah masyarakat Arab Jahiliah...Masyarakat yang suka berbunuhan, masyarakat yang suka bergaduh, merompak, mencuri, berzina dan sehingga yang lebih teruk membunuh anak perempuan. Apabila Islam datang...masyarakat yang kotor berubah secara seluruhnya sehingga menjadi masyarakat yang hebat pada waktu itu.

Begitulah juga kisahnya dengan Tanah Melayu...diceritakan dalam sejarah bahawa Islam datang sekali gus mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi masyarakat yang tinggi terutama di Melaka...bayangkan, jika sekiranya Islam tidak datang ke Tanah Melayu...maka orang Melayu itu beragama Hindu dan apa jadi dengan masyarakat Melayu waktu itu hingga sekarang. Datangnya Islam dalam umat Melayu itu sekali gus mewujudkan tamadun Melayu yang agung contohnya tulisan yang diwariskan dari masyarakat Melayu iaitu Tulisan Jawi yang sudah disepikan oleh Kerajaan Malaysia selama ini...sehinggalah terwujudnya program j-QAF di sekolah-sekolah rendah hasil cetusan PM ke-5 yang mana elimen utama dalam j-QAF ini adalah Tulisan Jawi...namun apa yang dikesalkan, tiada kerjasama dari Kementerian lain selain Kementerian Pelajaran...contohnya Kementerian Penerangan...amat sedikit elimen ini dalam TV dan media kita.

"ISLAM UNTUK SEMUA"...Istilah atau slogan ini bukanlah untuk menunjukkan sebuah parti politik...dan bukan hanya parti politik itu sahaja yang boleh menggunakannya...slogan atau ungkapan ini memang sesuai dari dulu hingga kini dan akan sesuai hingga ke akhirnya...Sekarang dunia ditimpa dengan masalah ekonomi...dikatakan oleh pakar ekonomi bahawa...interes adalah salah satu punca masalah tersebut...padahal Islam telah lama mengharamkan riba.

Yang terbaru masalah kesihatan iaitu "Selsema Babi"...Islam telah lama mengharamkan babi...jika Ajaran Islam diikut maka yang selamat bukan sahaja orang Islam malah yang bukan Islam juga akan selamat...masih ingat dahulu kita dikejutkan dengan masalah "JE" yang berkaitan juga dengan binatang si kaki pendek ini...dan masalah itu tidak habis di situ sahaja hingga sekarang virus baru pula yang menyerang yang berkaitan juga dengan binatang tersebut. Jika sekiranya masyarakat dunia ini prihatin masalah ini dan meneliti pengharaman Allah dalam Al-Quran...tidak timbul bahawa Islam itu hanya untuk orang Islam.

Banyak lagi perkara-perkara yang disebut dalam Al-Quran, yang boleh kita ambil penelitian yang di akhirnya kita boleh menyatakan bahawa "ISLAM UNTUK SEMUA" dan bukan untuk sesuatu kaum atau untuk orang Islam sahaja.


Apa lagi nak diharapkan??

Apa lagi yang nak kita harapkan dengan pemimpin kerajaan sekarang...ingatkan boleh berubah kepada lebih baik...tapi nampaknya berubah kepada yang lebih teruk...ini merujuk kepada status anak apabila pasangan bukan Islam memeluk Islam selepas perkahwinan...saya rasa semua mengatahui kes tersebut.

Pernah saya berbual dengan orang kuat BTN sejurus kepimpinan UMNO baru dipilih...semua tahu siapa di belakang BTN ini...apa katanya...Kita tak nampak sedikitpun bayangan Islam dalam diri Presiden UMNO ini yang sekarang menjadi PM Malaysia...belum sampai setahun jagung...memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat saya ini...lihatlah keputusan kabinet yang telah dibuat.

Saya sering berpendapat bahawa...jika kita tidak tahu sesuatu perkara itu, tanyalah orang yang lebih tahu...kalau tak salah ada dijelaskan dalam Al-Quran...tanyalah ulamak...Mufti ada...Majlis Fatwa ada...maaf cakap...ada ka ulamak dalam UMNO...saya yakin pasti ada...Jamil Khir...Zahid Hamidi...Dr Mashitah Ibrahim...ramai lagi...takkan semua orang ini setuju apa yang diputuskan oleh kabinet...kalau tak setuju...letak jawatan...macam zaid ibrahim dulu.

Maaflah kalau apa yang saya utarakan menyinggung sesetengah pihak...dulu, sewaktu cucu ulamak jadi PM...kenyataan yang dikeluarkan apa...mana-mana individu yang ingin memeluk Islam mesti memberitahu keluarga terlebih dulu...lebih kurang macam tulah maksudnya...tapi ini lebih teruk dari itu...saya tak fikir dengan keputusan kabinet ini akan menambahbaikkan hubungan kaum...

Fikirkanlah...apa lagi yang boleh kita harapkan pada pemimpin negara kita...adakah ini yang dikatakan memperjuangkan "Alif Ba Ta" Agama Bangsa dan Tanah air...Agama dah tergadai...tanah air dah tergadai...nak perjuangkan bangsa??...perkauman plak...DEB pon depa dah tak guna...30% ikuiti bumiputra dah tak guna bila liberalisasi perkhidmatan diperkenal.

Fikirlah rakyat Malaysia...adakah kita masih mahu membiarkan pemimpin sebegini...Kita sebenarnya bukanlah mewariskan Malaysia kepada anak cucu kita...tetapi kita meminjamnya daripada mereka...kembalikanlah negara kita Malaysia kepada anak cucu kita nanti dengan yang lebih baik dari yang kita rasa sekarang.